Rabu, 30 November 2011

Kata Kerja


KATA  KERJA

·Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan yang lazimnya disertai awalan ber-,
  men- dan ter-.
· Kata kerja terdiri daripada:
   i.    kata kerja transitif
   ii.   kata kerja tak transitif
· Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek, iaitu kata nama.
   Ayat contoh:
   i. Kakak sedang menyiram bunga.
  ( kata kerja ‘menyiram’ mesti disertai dengan objek, iaitu ‘bunga’ supaya maksud ayat yang
    lengkap. )
   ii. Adik suka bermain bola.
         ( kata kerja ‘bermain’ mesti disertai dengan objek, iaitu ‘bola’ supaya  maksud ayat ini
           lengkap. )
· Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa diikuti oleh
   objek.
   Ayat contoh:
   i. Ayah sedang tidur.
     ( kata kerja ‘tidur’ jelas menunjukkan perbuatan ayah tanpa memerlukan objek sebagai
       pelengkapnya. )
   ii. Kanak-kanak suka membaca.
      (kata kerja ‘membaca’ jelas menunjukkan perbuatan kanak-kanak tanpa memerlukan objek
       sebagai pelengkapnya.  )
 


Latihan  (1)

A. Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.   (20%)

1.   Pak Cik Jalai sedang __________________________ batik di bengkel batiknya.

2.   Murid-murid sedang ____________________ hasil tanaman yang mereka tanam di kebun sayur mini sekolah.

3.    Yew Zhang _______________________________ beg galas itu sambil mendaki bukit.

4.     Puan Chong ___________________________ makanan kepada anaknya sambil berehat di taman rekreasi itu.

5.     Chong Eng sedang ____________________________ papan untuk dijadikan perabot.


     menggalas            menyuapkan              mencanting           mengutip             mengetam



Jawapan:

1. _____________________________
2. _____________________________
3. _____________________________
4. _____________________________
5. _____________________________

B Tulis lima ayat berdasarkan kata kerja yang lengkap tentang gambar di bawah.     (30%)

1. ____________________________________________

2. ____________________________________________

3. ____________________________________________

4. ____________________________________________

5. ____________________________________________ 

C. Berdasarkan gambar dan perkataan yang diberi, bina ayat yang lenkap.    (30%)

D.  Berdasarkan gambar membina ayat.  (20%)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan