Khamis, 8 Disember 2011
KATA HUBUNG
i. Kata hubung (Kata Penghubung) ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata
dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat.
ii. Kata hubung terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
a.) Kata hubung gabungan
b.) Kata hubung pancangan
c.) Kata hubung berpasangan
iii. Penggunaan kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubungf
berpasangan serta ayat contoh masing-masing adalah seperti yang berikut:
dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat.
ii. Kata hubung terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
a.) Kata hubung gabungan
b.) Kata hubung pancangan
c.) Kata hubung berpasangan
iii. Penggunaan kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubungf
berpasangan serta ayat contoh masing-masing adalah seperti yang berikut:
sementara atau tetapi kerana meskipun hingga |
1. Ah Seng diberi pilihan sama ada mahu mengikut emaknya pergi melancong _________________________ bekerja secara sambilan di pasar raya semasa cuti sekolah.
2. Jari Ai Ling bengkak ______________ dihimpit oleh benda yang berat tadi.
3. ______________________ jutawan itu mempunyai harta yang banyak, namun demikian dia tidak bersikap sombong.
4. Nelayan membaiki jala yang koyak __________________________
menanti musim tengkujuh berlalu.
5. Peperiksaan semakin hampir _______________________________
Devi tidak mahu mengulang kaji pelajaran.
6. Bapa Kong Ming bekerja dari pukul sembilan pagi _____________
lapan malam.
Rabu, 30 November 2011
Kata Kerja
KATA KERJA
·Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan yang lazimnya disertai awalan ber-, men- dan ter-. · Kata kerja terdiri daripada: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif · Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek, iaitu kata nama. Ayat contoh: i. Kakak sedang menyiram bunga. ( kata kerja ‘menyiram’ mesti disertai dengan objek, iaitu ‘bunga’ supaya maksud ayat yang lengkap. ) ii. Adik suka bermain bola. ( kata kerja ‘bermain’ mesti disertai dengan objek, iaitu ‘bola’ supaya maksud ayat ini lengkap. ) · Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa diikuti oleh objek. Ayat contoh: i. Ayah sedang tidur. ( kata kerja ‘tidur’ jelas menunjukkan perbuatan ayah tanpa memerlukan objek sebagai pelengkapnya. ) ii. Kanak-kanak suka membaca. (kata kerja ‘membaca’ jelas menunjukkan perbuatan kanak-kanak tanpa memerlukan objek sebagai pelengkapnya. ) |
Latihan (1)
A. Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai. (20%)
1. Pak Cik Jalai sedang __________________________ batik di bengkel batiknya.
2. Murid-murid sedang ____________________ hasil tanaman yang mereka tanam di kebun sayur mini sekolah.
3. Yew Zhang _______________________________ beg galas itu sambil mendaki bukit.
4. Puan Chong ___________________________ makanan kepada anaknya sambil berehat di taman rekreasi itu.
5. Chong Eng sedang ____________________________ papan untuk dijadikan perabot.
menggalas menyuapkan mencanting mengutip mengetam |
Jawapan:
1. _____________________________
2. _____________________________
3. _____________________________
4. _____________________________
5. _____________________________
1. ____________________________________________
2. ____________________________________________
3. ____________________________________________
4. ____________________________________________
5. ____________________________________________
Sabtu, 8 Oktober 2011
Hari Kanak-Kanak
Ini adalah kelas 6H. Gambar ini adalah kenangan manis kerana ini adalah tahun terakhir kepada para murid. :)
Bahasa Malaysia
RANCANGAN PENGAJARAN BAGI SET PENGAJARAN 1
Tahun : 6 Hijau
Bil. Pelajar : 34 orang
Tarikh : 05 Oct 2011
Masa : 60 minit
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tajuk : Sekolah Selesa Murid Ceria
Sub Tajuk : i. Kata Kerja Tak Transitif
ii. Simpulan Bahasa
Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran pelajar dapat:
(Hasil Pembelajaran)
i. Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang
dibincangkan.
ii. Bercerita secara spontan mengenai sesuatu perkara dengan
nada, intonasi, dan gaya yang sesuai.
iii. Membina dan menulis pelbagai jenis ayat.
Bahan Bantu Mengajar : Kad Gambar, Buku Teks dan Kad Ayat
Nilai : Bekerjasama dalam kumpulan, berdisiplin, bertanggungjawab,
menghormati guru.
KBKK : Mengenal pasti, menganalisis, membuat kesimpulan dan kajian masa
depan
Kemahiran Generik : Kemahiran bahasa, kemahiran intrapersonal, kemahiran
interpersonal
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar-pelajar telah mempelajari dalam unit 1 Bergaya Ke
Sekolah.
PELAKSANAAN P & P
LANGKAH | ISI PELAJARAN | AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN | CATATAN |
SET INDUKSI (3 minit) | Guru memaparkan gambar lalu meminta pelajar meneliti dan memahami gambar yang ditunjukkan. Guru menarik perhatian pelajar dengan mengajukan beberapa soalan. Contoh soalan:
Guru minta seorang pelajar itu membina ayat berdasarkan gambar yang diberi daripada guru. | BBM: Kad gambar KBKK: Mengenal pasti dan menganalisis Kemahiran Generik: Kemahiran bahasa, kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal Nilai: Berdisiplin dan menghormati guru | |
AKTIVITI 1 (15 minit) | Guru meminta pelajar membuka teks dengan muka surat 15. Guru meminta murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. Murid merujuki kamus untuk mengenal pasti sebutan yang betul dan mencari makna perkataan yang ditentukan oleh guru. Guru menjelaskan makna petikan yang dibaca oleh pelajar. Pelajar mendengar dengan tekun. Guru menyoal soalan pemahaman yang dikemukakan secara lisan kepada pelajar. Pelajar menjawab soalan-soalan pemahaman yang dikemukakan secara lisan. | BBM: Buku teks KBKK: Menenal pasti Kemahiran Generik: Kemahiran bahasa, kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal Nilai: menghormati guru |
LANGKAH | ISI PELAJARAN | AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN | CATATAN |
AKTIVITI 2 (18 minit) | Kata Kerja Tak Transitif - berasa - diganggu - melahirkan - menyertai | Guru menjelaskan kegunaan kata kerja dalam ayat tunggal atau ayat majmuk. Pelajar mendengar sambil mencatat isi-isi penting dalam buku teks. Guru minta pelajar senaraikan jenis-jenis kata kerja. Pelajar memberi jawapan yang tepat. Kemudian pelajar menjelaskan makna kata kerja tak transitif yang disebut. Guru memberi arahan kepada pelajar menyenaraikan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam buku teks dan menulis ayat dengan kata kerja tersebut di papan hitam. Pelajar membina pelbagai jenis ayat di papan hitam. Guru membetulkan jawapan murid dan memaparkan kad ayat di papan hitam sebagai rujukan kepada pelajar. | BBM: Kad ayat KBKK: Mengenal pasti dan menganalisis Kemahiran Generik: Kemahiran bahasa, kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal Nilai: Berdisiplin dan menghormati guru |
AKTIVITI 3 (20 minit) | Simpulan Bahasa - senang hati - cepat tangan - omong kosong | Guru menjelaskan kegunaan simpulan bahasa dalam ayat tunggal atau ayat majmuk. Pelajar mendengar sambil mencatat isi-isi penting dalam buku teks. Guru minta pelajar membahagikan kepada beberapa kumpulan dan memberikan tugasan kepada pelajar. Arahan:
| BBM: Kad ayat KBKK: Kemahiran mengenal pasti dan menjana idea Kemahiran Generik: Kemahiran bahasa, kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal |
LANGKAH | ISI PELAJARAN | AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN | CATATAN |
Guru meminta murid berbincang tugasan yang diberi oleh guru. Pelajar berbincang dalam kumpulan dan menyatakan idea masing-masing. Guru meminta wakil bagi setiap kumpulan untuk berpidato selama 3 minit bagi membentangkan hasil perbincangan setiap kumpulan. Guru memberi pujian bagi setiap kumpulan dan tunjukkan kad ayat sebagai rujukan kepada pelajar. | Nilai: Menghormati guru, disiplin dan bekerjasama dalam kumpulan | ||
PENUTUP (4 minit) | Rumusan | Guru meminta seorang pelajar untuk merumuskan apa yang telah dipelajari. Guru memberitahu secara ringkas isi-isi utama dan kata kunci yang perlu pelajar ingati. Guru meminta pelajar mengisi lembaran kerja yang telah diberikan. Guru menasihati pelajar agar dapat membaca buku rujukan untuk menambah kefahaman masing-masing. | BBM: Buku teks KBKK: Membuat kesimpulan dan kemahiran menganalisis Nilai: Bertanggungjawab |
Langgan:
Catatan (Atom)