Sabtu, 8 Oktober 2011

Hari Kanak-Kanak


Ini adalah kelas 6H. Gambar ini adalah kenangan manis kerana ini adalah tahun terakhir kepada para murid. :)

Bahasa Malaysia

RANCANGAN PENGAJARAN BAGI SET PENGAJARAN 1

Tahun                           : 6 Hijau
Bil. Pelajar                   : 34 orang
Tarikh                          : 05 Oct 2011
Masa                           : 60 minit
Mata Pelajaran           : Bahasa Malaysia
Tajuk                           : Sekolah Selesa Murid Ceria
Sub Tajuk                    : i.  Kata Kerja Tak Transitif
                                       ii. Simpulan Bahasa
Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran pelajar dapat:
                                         (Hasil Pembelajaran)
                                         i.    Mengemukakan soalan  yang  relevan tentang topik yang    
                                               dibincangkan.
                                          ii.  Bercerita secara spontan mengenai sesuatu perkara dengan    
                                               nada, intonasi, dan gaya  yang sesuai.
                                          iii. Membina dan menulis pelbagai jenis ayat.
Bahan Bantu Mengajar : Kad Gambar, Buku Teks dan Kad Ayat
Nilai                                 : Bekerjasama dalam kumpulan, berdisiplin, bertanggungjawab,           
                                            menghormati guru.
KBKK                              : Mengenal pasti, menganalisis, membuat kesimpulan dan kajian masa
                                            depan
Kemahiran Generik         : Kemahiran bahasa, kemahiran intrapersonal, kemahiran     
                                            interpersonal
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar-pelajar telah mempelajari dalam unit 1 Bergaya Ke
                                          Sekolah.                                                                                                                                                                                    
    
PELAKSANAAN P & P

LANGKAH
ISI  PELAJARAN
AKTIVITI  PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN

SET INDUKSI
(3 minit)


Guru memaparkan gambar lalu meminta pelajar meneliti dan memahami gambar yang ditunjukkan.

Guru menarik perhatian pelajar dengan mengajukan beberapa soalan.
Contoh soalan:
  1. Apakah yang terdapat dalam gambar?
  2. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid dalam gambar?
  3. Apakah tujuan mereka menjalankan aktiviti itu?

Guru minta seorang pelajar itu membina ayat berdasarkan gambar yang diberi daripada guru.

BBM:
Kad gambar

KBKK:
Mengenal pasti
dan menganalisis

Kemahiran Generik:
Kemahiran bahasa, kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal

Nilai:
Berdisiplin dan menghormati guru

AKTIVITI  1
(15 minit)


Guru meminta pelajar membuka teks dengan muka surat 15.

Guru meminta murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Murid merujuki kamus untuk mengenal pasti sebutan yang betul dan mencari makna perkataan yang ditentukan oleh guru.

Guru menjelaskan makna petikan yang dibaca oleh pelajar.

Pelajar mendengar dengan tekun.

Guru menyoal soalan pemahaman yang dikemukakan secara lisan kepada pelajar.

Pelajar menjawab soalan-soalan pemahaman yang dikemukakan secara lisan.

BBM:
Buku teks

KBKK:
Menenal pasti

Kemahiran Generik:
Kemahiran bahasa, kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal

Nilai:
menghormati guru
LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI  PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN

AKTIVITI  2
(18 minit)

Kata Kerja Tak Transitif
      - berasa
      - diganggu
      - melahirkan
      - menyertai

Guru menjelaskan kegunaan kata kerja dalam ayat tunggal atau ayat majmuk.

Pelajar mendengar sambil mencatat isi-isi penting dalam buku teks.

Guru minta pelajar senaraikan jenis-jenis kata kerja.

Pelajar memberi jawapan yang tepat. Kemudian pelajar menjelaskan makna kata kerja tak transitif yang disebut.

Guru memberi arahan kepada pelajar menyenaraikan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam buku teks dan menulis ayat dengan kata kerja tersebut di papan hitam.

Pelajar membina pelbagai jenis ayat di papan hitam.

Guru membetulkan jawapan murid dan memaparkan kad ayat di papan hitam sebagai rujukan kepada pelajar.


BBM:
Kad ayat

KBKK:
Mengenal pasti
dan menganalisis

Kemahiran Generik:
Kemahiran bahasa, kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal

Nilai:
Berdisiplin dan menghormati guru

AKTIVITI  3
(20 minit)

   Simpulan Bahasa
-          senang hati
-          cepat tangan
-          omong kosong

Guru menjelaskan kegunaan simpulan bahasa dalam ayat tunggal atau ayat majmuk.

Pelajar mendengar sambil mencatat isi-isi penting dalam buku teks.

Guru minta pelajar membahagikan kepada beberapa kumpulan dan memberikan tugasan kepada pelajar.
Arahan:
  1. Kumpulan 1 dan 2 menjelaskan apakah simpulan bahasa.


BBM:
Kad ayat

KBKK:
Kemahiran mengenal pasti dan menjana idea

Kemahiran Generik:
Kemahiran bahasa, kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal

LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI  PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN



  1. Kumpulan 3 dan 4 melakonkan simpulan bahasa yang disebut dari buku teks.
  2. Kumpulan 5 dan 6 menjelaskan makna simpulan bahasa yang dilakon oleh kumpulan 3 dan 4.
  3. Kumpulan 7 dan 8 membina ayat yang disebut oleh pelajar.

Guru meminta murid berbincang tugasan yang diberi oleh guru.

Pelajar berbincang dalam kumpulan dan menyatakan idea masing-masing.

Guru meminta wakil bagi setiap kumpulan untuk berpidato selama 3 minit bagi membentangkan hasil perbincangan setiap kumpulan.

Guru memberi pujian bagi setiap kumpulan dan tunjukkan kad ayat sebagai rujukan kepada pelajar.

Nilai:
Menghormati
guru, disiplin dan bekerjasama dalam kumpulan

PENUTUP
(4 minit)

Rumusan

Guru meminta seorang pelajar untuk merumuskan apa yang telah dipelajari.

Guru memberitahu secara ringkas isi-isi utama dan kata kunci yang perlu pelajar ingati.

Guru meminta pelajar mengisi lembaran kerja yang telah diberikan.

Guru menasihati pelajar agar dapat membaca buku rujukan untuk menambah kefahaman masing-masing.

BBM:
Buku teks

KBKK:
Membuat kesimpulan dan kemahiran menganalisis

Nilai:
Bertanggungjawab